Saturday, 27 February 2016




1.TUANKU ABDUL RAHMAN.(31/08/1957-22/09/1970)
Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Pendidikan :
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London

  • Ketua Menteri yang pertama
  • Bapa Kemerdekaan
        "semangat kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyubur
          kemerdekaan yang kita capai"

2.ABDUL RAZAK BIN HUSSIEN.(22/09/1970-14/01/1976)
Nama :  Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang
Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
1940 – Raffles College Singapura ± Pentadbiran
1947 – ke England sebagai Queen’s Scholar dalam bidang Undang-Undang
1950 – lulus LLB. (Hons) dari Lincoln’s Inn, Barristar at Law
  • Bapa Pembangunan 

        "Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden
          tanpa meninggalkan kewajipan kita sebagai manusia yang beriman"

3.HUSSEIN BIN ONN.(15/01/1976-16/07/1981)
Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London

  • Bapa Perpaduan
        "seseorang pemimpin mestilah jujur.Kejujuran yang say maksudkan, bukan sahaja 
          dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti,tetapi juga dalam pemikiran,
          pertimbangan dan tindakan"

4.MAHATHIR BIN MOHAMAD.(16/07/1981-31/10/2003)

Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah KedoktoranPerubatan MBS – 1953

  • Bapa Permodenan Malaysia
        "Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan, cuma yang berusaha 
         akan berjaya"

5.ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI.(31/10/2003-03/04/2009)
Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam
  • Bapa pembangunan Modal Ihsan 
        "Cemerlang Gemilang Terbilang"

6.MOHAMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK.(SINCE 2009)
Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.
"Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar dihati murni mereka terpahat 
  sebuah impian andai sengketa membelengu sesama , Andai kerakusan menguasai
  kita kemanakah tumpah harapan mereka"

https://adamsmkjpt.wordpress.com/biodata-perdana-menteri-malaysia-123456/

Tuesday, 16 February 2016




Pada 15 ogos 1945, Tamatnya perang dunia kedua. Berakhirnya pendudukan Jepun di Malaya.Selepas melalui pelbagai ancaman dan penindasan dari pihak luar yang cuba untuk menakluki tanah melayu.Maka,timbul satu kesedaran dalam diri rakyat Malaysia terutamanya golongan yang berpendidikan untuk memperjuangkan hak dan mandapatkan keadilan untuk memastikan Tanah Air tercinta tetap menjadi milik kita.Hal ini untuk memastikan generasi akan datang dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Pada tahun 1956 hingga 1957.Sekembalinya dari London,Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir Melaka.Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15Ogos1957.

Akhirnya pada 31 ogos 1957,pengishtiharan kemerdekaan di Stadium Kemerdekaan,Kuala Lumpur buat kali pertama.